18 March 2013

Food review @ Mechapraline


Zaini Satay Ampang

 

1st aku nak minta Maaf dulu kepada peminat Satay Kajang, sebelum ni aku dah banyak kali makan satay kajang samada di food court kajang yang betul betul dari kedai Haji Wak Samuri, cawangannya di Damansara Utama mahupun di bangunan Mara bersebelahan Kompleks Pertama. tapi lidah aku tetap tak dapat kata yang satay kajang aka satay wak samuri ni terbaik.

ceritanya, aku nak bagi tahu ada Satay yang lebih sedap dari Satay Kajang. baru baru ni masa cuti cny, aku ke Ampang. ya, di Ampang. kat sinilah terletak kedai Satay yang sedap. namanya Zaini Satay. actually ia bukan terletak dalam sebuah bukan kedai, ianya cuma gerai penjaja di tepi jalan.   mungkin penduduk di sekitar Ampang dah kenal dengan satay Zaini. tapi aku baru jer tahu. 






owner atau pekerjanya sedang bakar satay. rasanya owner kot.


ok sedikit maklumat pasal Zaini Satay.

Nama Zaini Satay mungkin tak se-Gah Satay Wak Samuri aka Satay Kajang. Tapi Zaini Satay ni boleh tahan juga sejarahnya. Zaini Satay adalah perniagaan warisan dari arwah datuknya iaitu Majid Satay sejak dari 1960an lagi. Zaman 60an ke 70an adalah kegemilangan Majid Satay.  perkara ni ada di sebut dalam buku 'Tapai' oleh Hishamudin Rais.

disebabkan publisiti tak meluas dan tak ada branch macam satay satay lain, so makan kat sini sangatlah cool. hasilnya, daging kambing yang aku order memang rasa ala-ala steak kambing medium rare di chili's! bukan keras macam satay kajang.

cara nak ke sana?

tak kisahlah korang dari batu cave atau jalan ampang, pastikan korang sampai ke Kuala Lumpur International School, jalan ke depan sikit belok ke kiri. ada deretan gerai penjaja. gerai Zaini Satay betul betul depan 7Eevelen.

maklumat lanjut sila ke website dorang klik sini

ok, silalah pergi mencuba. kalau tak sedap jangan marah aku. rasa lidah manusia berbeza. hehe

Credit to Mechapraline.

0 comments:

Post a Comment